fbpx
Amirudin ketika ditemui pemberita pada Majlis Town Hall X Raya Wanita Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

Bekalan makanan, barang keperluan di Selangor terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Bekalan makanan dan barangan keperluan di Selangor kekal terkawal meskipun harga petrol dan diesel meningkat susulan konflik Asia Barat.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, orang ramai tidak perlu panik atau membuat pembelian berlebihan kerana kerajaan negeri memastikan bekalan mencukupi.

Beliau pada masa sama mengingatkan rakyat supaya bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi sebarang kemungkinan kesan krisis berkenaan.

“Saya bukan mahu takutkan dan tak perlulah balik pergi ke pasar raya beli stok banyak-banyak selepas ini.

“Kita (kerajaan negeri) akan pastikan bekalan mencukupi dan perlu unsur perpaduan dan persepahaman yang padu, kita perlu berdaya tahan, berkemampuan berfikir, mempunyai pengetahuan, kekuatan dan bingkas,” katanya ketika berucap pada Majlis Town Hall X Raya Wanita Berdaya Selangor 2026, hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan perkembangan terkini konflik melibatkan Israel, Amerika Syarikat dan Iran pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN