PERKEMBANGAN teknologi kecerdasan buatan (AI) menyaksikan banyak kecanggihan dibangunkan sekali gus memberi impak kepada manusia sejagat. AI juga dilihat semakin mempengaruhi pelbagai sektor kehidupan termasuk penjagaan kesihatan yang kini boleh dilakukan secara automatik tanpa perlu berjumpa doktor. Bayangkan, anda ke klinik kerana masalah kesihatan tetapi bukan untuk bertemu susuk doktor. Itulah yang telah berlaku secara meluas di China. Apa yang perlu dilakukan ialah pesakit akan berkongsi simptom masalah kesihatan di kabin perubatan digital, One Minute Clinic (OMC) sebelum diberikan ubat……














