fbpx
Gambar hiasan

Duit pencen RM1.8 juta lesap kena kebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang pesara berputih mata apabila wang simpanan persaraannya lesap selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan palsu yang menjanjikan pulangan lumayan, membabitkan kerugian keseluruhan RM1.08 juta.

Dalam kejadian yang bermula November tahun lalu, mangsa berusia 81 tahun dikatakan tertarik dengan satu iklan pelaburan saham di Facebook yang dikenali sebagai ‘Quature Asante Capital’ yang menawarkan keuntungan antara lapan hingga 20 peratus dalam tempoh singkat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa yang ketika itu berada di rumah telah menghubungi seorang individu dikenali sebagai Amanda Tan Li Xin bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaburan tersebut selain dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp.

“Mangsa diminta membuka akaun dikenali sebagai ‘International Trading Account Otixgo’ yang dikendalikan oleh seorang lagi individu melalui nombor telefon 016-5897230,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Raub berkata, transaksi pertama dilakukan pada 27 Januari 2026 melibatkan jumlah RM500,000 ke akaun atas nama YYS Sec Venture Sdn. Bhd., diikuti pemindahan kedua sebanyak RM500,000 pada 9 Februari 2026 ke akaun Helicona Service Sdn. Bhd.

“Transaksi terakhir pula dibuat pada 26 Februari 2026 berjumlah RM80,000 ke akaun YQ Story Gadgets, menjadikan jumlah keseluruhan kerugian sebanyak RM1.08 juta,” ujarnya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.-KOSMO! ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN