PETALING JAYA – Gelagat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan tunangannya Bella Astillah di sebuah restoran, baru-baru membuatkan orang ramai melabelkannya sebagai ‘teman lelaki K-drama’.
Menerusi satu hantaran video di media sosial oleh @Mariyaaladoce, Syed Saddiq dilihat sabar menyantuni Bella dengan meletakkan straw dalam dua minuman dan membiarkan tunangnya memilih air itu terlebih dahulu.
“Dia macam teman lelaki dekat K-drama yang menjadi impian setiap wanita,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna mula menyifatkan personaliti Syed Saddiq sebagai seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri ‘Green Forest’ dalam melayani seorang wanita.
“Kalau anda perhatikan, dia sangat ‘Green Forest’ sebab biarkan Bella lebih menonjol daripadanya, Syed Saddiq tak pernah mencelah apabila peminat mengambil gambar dengan Bella dan tumpang gembira atas kejayaannya,” jelas pengguna Nanaomnomnom_.
“Tinggi standard (tahap) yang Syed Saddiq ni letak,” kata pula pengguna @Itsmemyselfandna.
“Dah berhari-hari skrin telefon ni bersemut,” seloroh pengguna @Ernayasir.
Dalam pada itu, terdapat juga pengguna menyedari sifat rendah diri lelaki itu yang kelihatan tidak kekok menunggu Bella menyiapkan urusannya sebelum menjamu selera.
Video itu kembali tular selepas pertunangan antara mereka berdua, semalam. – KOSMO! ONLINE














