BAGI kebanyakan umat Islam, Hari Raya Aidilfitri menjadi saat yang dinanti-nantikan selepas sebulan berpuasa. Syawal sinonim dengan aktiviti berkumpul bersama keluarga tercinta sambil menikmati juadah istimewa dalam suasana kegembiraan. Namun bagi anak-anak orang kurang upaya (OKU) pembelajaran, hari raya difahami dengan pengalaman yang lebih sederhana tetapi penuh makna melalui aktiviti harian, kebersamaan keluarga dan rasa kegembiraan. Itulah kesimpulan mudah yang dapat dibuat pada satu sesi perbincangan kumpulan yang dianjurkan oleh Akademi Permata Impian (Apim) dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) di……














