SEGAMAT – Kontraktor ladang di seluruh negara berdepan situasi bakal ‘gulung tikar’ susulan kenaikan harga diesel kesan daripada konflik di Asia Barat. Pengerusi Pertubuhan Pemborong Ladang Malaysia, Datuk Lee Cheng Chuan berkata, pihak kontraktor berdepan kesukaran kerana tidak menerima subsidi kerajaan dan harga diesel sepenuhnya bergantung dengan pasaran antarabangsa. Jelasnya, kesan ketegangan di Asia Barat telah menyebabkan harga diesel untuk industri di negara ini melonjak hampir 139 peratus dalam tempoh hanya tiga minggu. “Kenaikan mendadak ini mengakibatkan kos operasi kontraktor…














