BEIJING – Seorang petani di China terkejut apabila ubi yang ditanam di kebunnya mempunyai bentuk sama seperti tangan mayat manusia, lapor akhbar The Sun UK.
Penemuan mengejutkan itu dibuat di bandar Jieyang, timur wilayah Guangdong, baru-baru ini.
Petani itu pada mulanya menyangka dia terjumpa anggota badan manusia yang dipotong dan ditanam di kebunnya.
Rupa-rupanya, penemuan pelik itu adalah ubi.
Imej dimuat naik di media sosial menunjukkan ubi itu seolah-olah memiliki lima jari termasuk ibu jari yang lengkap dengan ‘kuku’ dan ‘tapak tangan’
Petani tersebut berkata, dia tidak pernah melibat ubi seperti itu seumur hidupnya.
Selepas berkongsi gambar ubi menyeramkan itu di media sosial, orang ramai berkunjung ke kebun mereka untuk bergambar dengan sayur tersebut.
Dia turut menerima pelbagai tawaran untuk pembelian sayur tersebut, dengan bidaan tertinggi mencecah £875 (RM4,682). – AGENSI














