fbpx
Gambar hiasan.

Tujuh daerah di Kedah masih suhu maksimum 37 darjah Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 16 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) apabila mencatatkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kawasan yang terlibat adalah tujuh daerah di Kedah iaitu Padang Terap, Kubang Pasu, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Turut terkesan kawasan Timur Laut dan Utara di Pulau Pinang, Hulu Perak, Selama, Kinta, Kuala Kangsar dan Perak Tengah (Perak), Jerantut (Pahang) serta Segamat (Johor).

“Terdapat lima kawasan lain di Semenanjung berada pada Tahap 2 (gelombang haba) iaitu seluruh Perlis manakala di Kedah pula melibatkan Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Sik dengan suhu 37 hingga 40 darjah Celsius,” katanya.

Bagaimanapun, tiada kawasan direkodkan berada pada Tahap 3 (gelombang haba ekstrem) setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN