fbpx
HASHIM menunjukkan gambar Zikri dan Suraya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Belau, Merbok di Sungai Petani hari ini.

‘Sepatutnya hari ini saya jemput arwah ke majlis kenduri rakan kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – “Kami masih nampak kelibat anak mangsa tengah malam tadi sebelum dia ditemukan mati di tingkat atas.”

Demikian kata Hashim Abd. Aziz, 66, sahabat baik kepada Allahyarham Zikri Abdul Rahman, 65, yang ditemukan maut bersama isterinya, Suraya Man, 53, serta anak lelaki berusia 29 tahun di rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, di sini tengah malam tadi.

Katanya, dia bersama adik Zikri dan penduduk kampung berasa tidak sedap hati selepas arwah hilang secara tiba-tiba dan gagal dihubungi sejak dua hari lalu.

Katanya, penduduk cuba mencari dan mendapati rumah warga emas itu dalam keadaan berkunci selain motosikalnya tiada sebelum ia dijumpai di belakang rumah.

“Saya sendiri bimbang kerana dia hilang begitu sahaja. Ahli keluarga dan rakan-rakan cuba menghubunginya tetapi tidak berjawab. Sepatutnya hari ini saya menjemputnya ke majlis kenduri rakan kami.

“Jadi saya dan penduduk kampung pergi ke rumah arwah, nampak rumah gelap dan berkunci sebelum terhidu bau busuk.

“Kami juga ternampak kelibat seseorang dipercayai anak mangsa di tingkat atas,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Hashim, adik allahyarham Zikri segera membuat laporan sebelum anggota polis datang memecahkan pintu rumah berkenaan dan menemukan percikan darah dan mayat tiga beranak tersebut.

“Mayat Kri (Zikri) dan isterinya dijumpai dalam keadaan sudah berbau dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu. Anak pasangan itu pula baru sahaja meninggal dunia, mungkin dia melakukannya sendiri tidak lama selepas kami ke rumahnya,” ujarnya.

Cerita Hashim, anak pasangan itu sudah lama mengalami kemurungan, tetapi tidak pernah mengganggu penduduk kampung tersebut.

“Dia pelajar pandai, tetapi malangnya mengalami kemurungan. Dia tidak pernah keluar rumah, hanya turun ke tingkat bawah untuk makan. Entah kenapa dia sanggup melakukan demikian.

“Apabila mengalami kemurungan mungkin dia melihat bapa tiri dan ibunya seperti haiwan. Saya dapat tahu dia tidak suka orang berleter,” ujarnya.

Tambahnya, dia berasa sedih mengenangkan kejadian yang menimpa sahabat baiknya itu kerana mereka sering ke masjid bersama untuk solat berjemaah selain minum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN