IMPIAN Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus melakar sejarah dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas berkemungkinan bertemu juara bertahan, Al Ahli dalam aksi suku akhir bulan depan.
Pada undian yang diadakan Kuala Lumpur sebentar tadi, skuad Harimau Selatan yang mara ke suku akhir selepas menewaskan wakil Jepun, Sanfrecce Hiroshima, bakal berdepan pemenang antara Al-Ahli dan Al-Duhail.
Al-Ahli menentang Al-Duhail yang sepatutnya berlangsung sebelum ini tertangguh akibat konflik perang di Asia Barat dan bakal dilangsungkan secara one-off pada 14 April depan.
Sebagai rekod, Al-Ahli yang memiliki ramai pemain berkelas dunia seperti Riyad Mahrez dan Ivan Toney kini berada di kedudukan ketiga Liga Pro Arab Saudi manakala Al-Duhail pula berada di kedudukan ketujuh Liga Qatar.
Sementara itu, Buriram United akan menentang pemenang antara Tractor atau Shabab Al Ahli, manakala Vissel Kobe, pula akan bertemu sama ada Al Hilal SFC atau Al Sadd.
Satu lagi wakil Jepun, FC Machida Zelvia pula menanti pemenang antara Al-Ittihad atau Al-Wahda FC.
Saingan suku akhir hingga ke aksi final dijadual berlangsung secara berpusat di Jeddah bermula 17 hingga 25 April depan. – KOSMO! ONLINE














