TRIP kali ini bermula di Jeti Sementa, Klang, sebuah lokasi yang tidak asing lagi bagi pemancing tempatan. Seawal petang, kami sudah berkumpul sambil membuat persiapan terakhir dengan menyusun set pancing, memeriksa perambut serta memastikan bekalan umpan mencukupi. Umpan utama yang menjadi pilihan kami ialah udang lipan dan sotong kurita hidup. Sasaran kami hanya satu, iaitu memburu ikan jenahak yang terkenal dengan saiz ‘bantal’ di sekitar perairan tersebut. Menambahkan lagi keyakinan kami ialah kehadiran tekong berpengalaman, Mejar (B) Abdul Manah yang……














