fbpx
PENYERANG Arsenal, Viktor Gyokeres bakal mengetuai jentera serangan Sweden menentang Ukraine awal pagi esok. - AFP

Sweden ada formula kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

STOCKHOLM – Sweden tekad untuk mendapatkan slot ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 menjelang aksi separuh akhir playoff Kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine di Stadium Ciutat de Valencia awal pagi esok.

Selepas gagal melangkah ke Piala Dunia 2022, skuad The Blagult itu enggan kempunan lagi selepas kali terakhir mereka beraksi pada kejohanan paling berprestij itu ketika edisi 2018 yang berlangsung di Rusia.

Ketua jurulatih Sweden, Graham Potter menyuarakan keyakinan skuad kendaliannya mampu untuk mencatat kemenangan selain percaya beliau sudah memiliki ramuan tersendiri bagi membenam cabaran Ukraine.

“Saya sudah ada idea yang jelas bagaimana kami mahu bermain untuk aksi playoff menentang Ukraine nanti. Kedua-dua pasukan memiliki peluang cukup seimbang, jadi kami tidak boleh mensia-siakannya.

“Ukraine merupakan sebuah pasukan yang sangat konsisten selain memiliki corak serangan berbeza. Mereka mampu untuk menguasai bola dengan cepat dan sangat bijak ketika mengekang asakan pasukan lawan,” katanya.

Bekas pengurus Chelsea itu menggesa barisan pemainnya supaya memberikan sepenuh tumpuan terhadap perlawanan tersebut dan berharap mereka dapat mengelak sebarang kecederaan sebelum wisel ditiup.

“Saya perlu memastikan semua pemain berada dalam kondisi terbaik untuk perlawanan itu. Kami juga perlu melakukan persiapan rapi kerana Ukraine bijak mengambil kesempatan atas kesilapan dilakukan,” ujar Potter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN