fbpx
Gambar hiasan

Aktiviti luar kelas ditangguh jika cuaca lebih 35 darjah celsius – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penganjuran aktiviti luar di sekolah akan ditangguhkan sekiranya suhu melebihi 35 darjah Celsius selepas pembukaan semula sesi persekolahan pada minggu hadapan.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, langkah itu bertujuan untuk meningkatkan persediaan bagi menghadapi cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

“KPM juga akan mempertimbangkan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas mengikut keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

KPM turut memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas.

“KPM juga akan memastikan bekalan air bersih mencukupi di institusi pendidikan di bawah KPM dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri serta meminum dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan,” katanya.

Pada masa sama, KPM akan membekalkan air minuman kepada murid di asrama sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air.

“KPM juga sentiasa berwaspada dan bekerjasama dengan klinik serta hospital berdekatan sekiranya berlaku sebarang komplikasi ke atas murid disebabkan cuaca panas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN