fbpx
Tangkap layar video tular kejadian di Jalan Waja, Telok Panglima Garang, Kuala Langat.

[VIDEO] Tiga dicekup merusuh tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Tiga penganggur diberkas selepas disyaki terlibat dalam kes tular merusuh dengan senjata di Jalan Waja, Telok Panglima Garang di sini, semalam.

Kesemua tangkapan itu melibatkan suspek lelaki tempatan berusia 39 hingga 45 tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd. Sufian Amin berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang berada di rumahnya di lokasi kejadian, kira-kira pukul 2.51 petang.

Katanya, pengadu yang terdengar bunyi bising mendapati bapa saudaranya sedang memegang sebilah parang dengan dikepung beberapa individu tidak dikenali yang cuba memukul.

“Selepas menghubungi polis, kesemua suspek melarikan diri sebelum ketibaan anggota di tempat kejadian. Hasil siasatan dan risikan kemudian menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dan rampasan beberapa barang kes,” katanya malam ini.

Tambah Mohd. Sufian, usaha mengesan dan menangkap suspek lain yang masih bebas sedang giat dijalankan pihaknya dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN