fbpx
Tangkap layar pasangan lelaki wanita dipercayai berkelakuan tidak senonoh di jirat Cina, Batu Gantung, Ayer Itam.

Pasangan tanpa seurat benang di jirat Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan ditahan reman selama tiga hari, bermula hari ini selepas dipercayai berkelakuan tidak senonoh di jirat Cina, Batu Gantung, Ayer Itam di sini.

Suspek lelaki dan wanita yang masing-masing berusia 58 dan 37 tahun itu sebelum itu diberkas di dua lokasi berasingan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun berhubung penyebaran satu video di media sosial membabitkan pasangan lelaki dan wanita, kira-kira pukul 12.05 tengah hari semalam.

Menurutnya, hasil siasatan awal menunjukkan kes tersebut berlaku pada Ahad lalu dan kedua-dua individu terlibat disyaki merupakan warga tempatan.

“Suspek pertama iaitu seorang wanita diberkas di sebuah fat berdekatan Jalan Padang Tembak, kira-kira pukul 8.35 malam tadi manakala suspek lelaki ditahan di hadapan sebuah bangunan berhampiran Jalan Paya Terubong di Sungai Ara, tiga jam kemudian.

“Kedua-dua tangkapan mengaku terlibat dalam kes ini dan telah direman sehingga 26 Mac bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 294(a), Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, tular video berdurasi 38 saat yang memaparkan pasangan lelaki dan wanita dalam keadaan tanpa seurat benang di sebuah jirat Cina.

Perbuatan jelek mereka disedari orang awam lalu telah merakamkan video aksi tidak senonoh pasangan terbabit dipercayai untuk dijadikan bukti laporan polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI