fbpx
Keadaan kenderaan Perodua Aruz yang terlibat kemalangan maut mengorbankan dua beranak di KM 59, Jalan Jerangau - Jabor, Dungun hari ini.

[KEMASKINI] Ibu, anak maut selepas hadir majlis perkahwinan adik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Identiti dua beranak yang maut dalam kemalangan melibatkan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz berhampiran Felda Jerangau, di sini, hari ini dikenal pasti sebagai Nurul Hafizah Shaary, 39, dan anak lelakinya, Mohd. Redzuan Arash Mohd. Redzuan,13.

Mereka maut selepas kenderaan dinaiki dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 59, Jalan Jerangau-Jabor di sini pada pukul 6.10 petang.

Tiga anak Nurul Hafizah termasuk berusia tiga tahun yang turut berada di dalam kenderaan sama pula cedera parah.

Difahamkan kemalangan berlaku sewaktu mereka lima beranak berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah di Ajil, Hulu Terengganu selepas menghadiri majlis perkahwinan adik bongsu, Nurul Hafizah di daerah ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Al Mukfi Billah Shah, Mohd. Izzuddin Mahmood berkata, enam anggota bomba telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung kemalangan berkenaan pada pukul 6.19 petang.

“Kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan tiga mangsa termasuk Nurul Hafizah dan Mohd. Redzuan Arash yang tersepit di dalam kenderaan dinaiki mereka.

“Dua lagi anak Nurul Hafizah termasuk yang berusia tiga tahun telah dikeluarkan dari kenderaan remuk itu lebih awal dengan bantuan pengguna jalan raya lain,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN