fbpx
Rumah keluarga Saripah Cheki yang hangus terbakar pada tengah malam tadi di Kampung Sungai Kluang Laut, Rengit, Batu Pahat, tengah malam tadi.

Sambutan raya bertukar tragedi, rumah musnah kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Sambutan Hari Raya Aidilfitri sebuah keluarga bertukar tragedi apabila rumah mereka terbakar di Kampung Sungai Kluang Laut, Rengit, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu, kebakaran turut menjejaskan sebuah motosikal serta tiga kereta iaitu Proton Saga Gen-2, Proton Pesona dan Proton Wira.

Komander Operasi Kanan, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, PPgB Norhisam Abdul Talib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.48 pagi.

Menurut beliau, sebaik Pasukan Keluar Operasi (PKO) tiba, terdapat sebuah rumah separuh kekal terbakar dianggarkan 90 peratus.

“Selain itu, sebuah motosikal dan tiga buah kenderaan turut mengalami kebakaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Rengit, Dr. Mohd Puad Zarkashi turut melawat mangsa yang dikenali sebagai Saripah Cheki.

Menurutnya, mangsa dan ahli keluarga ditempatkan di Masjid Bugisiah sebelum dipindahkan ke inap desa dengan dibiayai oleh Pejabat DUN Rengit.

“Saya akan menguruskan permohonan bantuan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN