fbpx
Tangkap layar video berkenaan dengan siling rumah runtuh di pagi Syawal semalam. Kredit @dapur_cikzara

Pagi raya tiba-tiba siling runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hasrat sebuah keluarga untuk menikmati hidangan lemang di pagi Syawal bertukar tragedi apabila rumah mereka dilanda bah ekoran kejadian siling runtuh semalam.

Menerusi perkongsian pengguna @dapur_cikzara di media sosial, kejadian berlaku di rumah kakaknya di Nilai itu dipercayai berpunca akibat limpahan air kolam renang di tingkat atas menyebabkan struktur siling tidak dapat bertahan sebelum runtuh.

“Bencana di pagi raya, tengah sedap makan lemang tiba-tiba ‘boom’ siling runtuh. Habis satu rumah disimbah air terjun, rosak segala barang elektrik. Dugaan betul, kesian kakak aku. Nasib jiran anak-beranak yang baru balik masjid bantu, kalau tidak, tak tahulah,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai menyarankan mangsa supaya segera membuat tuntutan insurans dan ganti rugi daripada pengurusan bangunan.

Seorang pengguna berkata, kejadian itu mungkin berpunca daripada tangki air yang pecah kerana tidak dapat menampung tekanan yang berat.

“Mesti tangki jenis low grade (gred rendah). Bila air penuh, tak dapat tampung tekanan berat air, terus pecah,” katanya.

“Kalau kolam renang di kondominium, boleh minta ganti rugi,” kata pengguna lain.

“Kakak kita rumah dia kena awal tahun, anak tinggal seorang. Jadi kami adik-beradik tolong dan nasib tangki atas simen berbatu, cuma air melimpah ke sebelah ruang siling,” kongsi seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN