fbpx
Keadaan sesak di Plaza TolGombak hari ini.

Plaza Tol Gombak mula ‘merah’, aliran trafik perlahan pada raya ke-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Aliran trafik di Plaza Tol Gombak dilaporkan mula sesak petang ini apabila orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Aidilfitri.

Tinjauan rakaman kamera Jalan.now menunjukkan kenderaan bergerak perlahan di beberapa lorong utama, dengan barisan kereta dan bas memenuhi hampir keseluruhan laluan menuju ke Kuala Lumpur.

Keadaan tersebut dipercayai berpunca daripada peningkatan mendadak jumlah kenderaan selepas orang ramai menamatkan cuti perayaan di kampung masing-masing.

Seorang pengguna lebuh raya, Amir Hakimi di Facebook berkata, dia mengambil masa hampir dua jam untuk melepasi kawasan tersebut walaupun jarak perjalanan tidak terlalu jauh.

“Memang dah jangka, tapi tak sangka seteruk ini. Dari Bentong nak masuk KL pun makan masa lama,” katanya.

Di media sosial, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama.

“Setiap tahun benda sama, Gombak memang ‘hotspot’ lepas raya,” tulis seorang pengguna.

“Baru gerak sikit dah jem. Sabar jelah, semua nak balik kerja esok,” komen seorang lagi.

Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dan memanfaatkan aplikasi trafik bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan yang dijangka berlarutan sehingga lewat malam.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN