fbpx
Tangkap layar seorang remaja yang menunggang motosikal terjatuh ke dalam kawasan parit.

[VIDEO] Dugaan 1 Syawal – ‘Satu kampung kenal kau dik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular sebuah klip video memaparkan seorang remaja yang menunggang motosikal terjatuh ke dalam kawasan parit dalam kejadian dipercayai berlaku pada hari pertama Aidilfitri.

Menerusi rakaman tersebut, remaja berkenaan yang dilihat lengkap berbaju Melayu dan bersamping sedang menunggang motosikal seorang diri sebelum tiba-tiba hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam parit.

Orang ramai yang berada berhampiran kemudian dilihat datang membantu mengalihkan motosikal remaja berkenaan yang turut terjatuh bersamanya.
Bagaimanapun, lokasi sebenar serta punca kejadian itu berlaku tidak dapat dikenal pasti setakat ini.

“Satu kampung kenal kau lepas ni,” seloroh Afizly.

“Mesti dia harap dia jadi ikan lepas jatuh. Sudah lah ramai dekat situ,” kata Aizat.

“Satu kampung tahu kau terjun longkang,” ujar Muqr. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN