fbpx
Gambar menunjukkan perbualan antara pemilik akaun dan bapanya. - X

Penumpang bas diberi kerusi plastik semasa pulang beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang penumpang di Indonesia terkejut apabila bapanya diberikan kerusi plastik ketika menaiki bas untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri, lapor portal berita Tribunnews. 

Perkara tersebut dikongsi di platform TikTok oleh akaun @caratsebong.13 semalam. 

Pemilik akaun berkata, bapanya membeli tiket bas berharga 420,000 rupiah (RM97) untuk menuju ke Banyumas, wilayah Jawa Tengah dari Tangerang, wilayah Banten. 

“Bapa saya terkejut apabila nombor tempat duduk yang tertera pada tiket tidak ditemui. Dia hanya diberikan kerusi plastik dan diletakkan di belakang bas berhampiran tandas,” kata pemilik akaun itu. 

Hantaran itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial. 

Pemilik akaun kemudian tampil memohon maaf serta memaklumkan bahawa pihaknya enggan memanjangkan isu tersebut memandangkan ia telah diselesaikan dengan ejen tiket bas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN