JAKARTA – Berpuluh-puluh jemaah tarekat Naqsabandiyah di Lubuk Sarik, Kota Padang, wilayah Sumatera Barat menyambut hari raya hari ini dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri pagi tadi, lapor laman berita Tribunnews.
Seorang khatib berusia 20 tahun, Riski Rafandi menyampaikan khutbah dalam bahasa Arab. Ia merupakan satu tradisi yang telah dikekalkan oleh jemaah Naqshbandiyah secara turun-temurun.
Riski menjelaskan bahawa penentuan 1 Syawal untuk jemaah mereka dibuat berdasarkan pengiraan yang teliti menggunakan kitab Munjid (Munjib).
Menurutnya, jemaah di lokasi tersebut memulakan puasa Ramadan mereka pada 16 Februari lalu, justeru, sudah genap 30 hari mereka berpuasa.
“Kami telah berpuasa sejak 16 Februari. Jadi, hari ini kami telah genap sebulan penuh atau 30 hari,” kata Riski. – AGENSI














