fbpx
Tangkap layar video menunjukkan penduduk tempatan berarak sambil melaungkan takbir malam tadi. - Instagram                                                                                           

Penduduk Maluku sambut 1 Syawal semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di rantau Seram Bahagian Barat (SBB), wilayah Maluku menyambut Hari Raya Aidilfitri semalam dengan orang ramai berarak sambil melaungkan takbir.

Kejadian berlaku di Desa Buano Utara, menjadikan ia salah satu perkampungan yang menyambut 1 Syawal lebih awal berbanding lain.  

Rakaman video dikongsi di platform Instagram oleh akaun @mangentemaluku menunjukkan penduduk tempatan termasuk kanak-kanak berarak sambil membawa sebatang kayu yang dinyalakan api. 

Selain mengelilingi kampung, mereka turut melaungkan takbir secara berjemaah. 

Warga setempat dilaporkan membanjiri Masjid Sementara Al-Anmabua pada pagi semalam untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. 

Solat sunat itu bermula sekitar pukul 6.20 pagi (waktu tempatan) dan disertai lebih 350 jemaah. – AGENSI                        

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN