fbpx
TANGKAP layar rakaman video tular yang memaparkan seorang lelaki bertindak kasar terhadap seorang wanita dipercayai isterinya di hadapan sebuah premis.

Suami pukul isteri luar pusat hiburan dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Polis sedang mengesan seorang lelaki selepas disyaki memukul isterinya dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Kota Shahbandar, di sini, yang turut tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 1.17 pagi, 16 Mac lalu daripada seorang wanita berusia 51 tahun yang juga ibu mangsa.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam, 15 Mac di sebuah pusat hiburan di Kota Shahbandar apabila mangsa dipercayai dipukul oleh suaminya.

“Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek bertindak agresif dengan memukul, menampar, menarik rambut serta menghentak kepala mangsa ketika wanita itu berada dalam keadaan terbaring.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Melaka dan menerima rawatan di Zon Merah sebelum disahkan mengalami kecederaan tisu lembut di bahagian kepala serta pipi kanan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa dipercayai kini berada bersama suspek dan anak lelaki mereka berusia dua tahun dan usaha mengesan kedua-duanya sedang giat dijalankan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN