PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan untuk memberi diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena Aidilfitri bagi mengurangkan kos perjalanan rakyat pulang ke kampung halaman pada Rabu dan Khamis ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif ini melibatkan tanggungan
kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol.
“Diskaun ini akan berkuat kuasa mulai pukul 12.01 tengah malam pada 18 Mac 2026 (Rabu) hingga jam 11.59 malam 19 Mac 2026 (Khamis).
“Ia melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia Singapura,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi. – KOSMO! ONLINE














