fbpx
Mohd. Yazid (tengah) dan Azrin beramah mesra dengan pemandu bas di Terminal Seksyen 17, Shah Alam. Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

20 skrin LED papar hebahan keselamatan jalan raya di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Hebahan keselamatan jalan raya akan dipaparkan menerusi 20 skrin lampu diod pemancar cahaya (LED) milik pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor sepanjang musim Aidilfitri ini bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya.

Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) negeri, Datuk Mohd. Yazid Sairi berkata, PBT di Selangor mempunyai skrin LED bagi promosi dan pemakluman awam seperti di Petaling Jaya, Selayang, Ampang Jaya, Kuala Selangor serta Kuala Langat.

“Paparan dibekalkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu akan dibuat secara berkala sepanjang musim perayaan ini,” katanya pada Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Aidilfitri di Terminal Seksyen 17 di sini, malam tadi.

Sementara itu, Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, tahap kesedaran penumpang bas mengenai pemakaian tali pinggang keledar menunjukkan perkembangan positif.

Katanya, pemandu bas turut memberi peringatan sebelum perjalanan bermula di samping penguat kuasa JPJ melakukan penyamaran di dalam kenderaan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI