Ahmad Shihabuddin menjadi imam solat sunat tarawih di Masjid Jamek Bukit Tunggal kelmarin.

Hafazan lebih penting bukan RM5,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Seorang peniaga ayam memanfaatkan ilmu hafazan al-Quran dipelajari­nya sejak kecil dengan menjadi imam jemputan solat tarawih di beberapa masjid dan surau di ­da­erah ini.

Ahmad Shihabuddin Ayob, 24, yang merupakan hafiz berkata, pa­da waktu siang dia bekerja men­­jual ayam segar di Bukit Tung­­gal di sini.

“Saya dihantar keluarga untuk mendalami al-Quran bermula di Madrasah Syababul Ilmi, Maran, Pahang pada usia 11 tahun.

“Ketika berumur 16 tahun, saya meneruskan pengajian aga­ma dan al-Quran di Madrasah Ku­bang Bujuk, Kuala Terengga­nu sehingga berusia 21 tahun,” ka­tanya ketika ditemui di Masjid Jamek Bukit Tunggal di sini ­kelmarin.

Ahmad Shihabuddin berkata, dia mula menjadi imam selepas memimpin solat pelajar madrasah sewaktu berumur 12 tahun dan beberapa surau di Kampung Tebauk di sini serta kawasan se­kitar setelah tamat pengajian ki­ra-kira tiga tahun lalu.

“Peluang itu menjadi batu loncatan selepas saya dijemput sebagai imam tarawih di beberapa masjid di daerah ini setiap kali Ramadan. Alhamdulillah upah­nya boleh mencecah RM5,000 setiap bulan puasa,” katanya.

Begitupun, Ahmad Shihabuddin berkata, ganjaran wang lu­mayan bukanlah matlamat uta­manya kerana peluang untuk memanfaatkan ilmu hafazan al-Quran dipelajari itu yang lebih berharga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN