BELFAST – Polis memburu seorang suspek selepas lebih 12 ekor anak biri-biri ditemukan mati di sebuah ladang ternakan dengan keadaan lehernya sengaja dipatahkan, lapor akhbar Metro UK semalam.
Sebanyak 13 anak biri-biri ditemukan mati di Rostrevor, Ireland Utara, Sabtu lalu.
“Kami menerima laporan anak-anak biri-biri ini mati di sebuah ladang di Jalan Drumsesk antara pukul 7 malam (waktu tempatan) hari Jumaat hingga 7.45 pagi (waktu tempatan) keesokannya,” kata pegawai polis tempatan, Inspektor Reynolds.
“Nampaknya, leher biri-biri ini sengaja dipatahkan,” tambahnya.
Sementara itu, calon bebas untuk kawasan tersebut, Marc Gibbons berkata, insiden itu amat mengerikan dan kejam.
“Melakukan perkara ini kepada seekor anak biri-bir sudah cukup mengerikan tetapi melakukannya 13 kali adalah amat kejam,” katanya. – AGENSI














