fbpx
Tangkap layar gambar hantaran pengguna di media sosial mengenai dua individu dipercayai cuba menyebarkan ajaran sesat yang dikenali sebagai kultus Korea di kawasan Putatan, Sabah semalam.

Kultus Korea masuk perkampungan di Sabah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kelibat dua individu yang didakwa dari gerakan kultus Korea didakwa masuk ke kawasan kampung di Putatan, Sabah untuk menyebarkan fahaman tersebut.

“Hati-hati orang Putatan, sampai sudah ini ‘Korean cult’ masuk kampung tetapi untuk yang Muslim mereka tidak akan kacau,” kata @Shiom_aii dalam satu hantaran.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi mempunyai pengalaman yang sama didekati individu yang bertanyakan status agama.

Seorang pengguna Ozzieyyy mendakwa, pejabatnya turut didatangi kumpulan tersebut baru-baru ini semata-mata untuk menyebarkan ajaran mereka.

“Baru-baru ini ada datang pejabat saya dan mereka tanya ada atau tidak di pejabat ini agama Kristian atau penganut Buddha? dan kami jawab tiada sebab malas nak layan,” katanya.

Sementara itu, gerakan ini difahamkan biasanya menyasarkan golongan bukan Muslim bagi mengelakkan tindakan undang-undang kepada mereka.

“Saya sudah dua kali didekati dengan mereka ini tapi dalam kes saya, orang-orang Malaysia yang sudah ikut mereka punya kultus ini yang akan bertanya,’ kata pengguna Vlrewe.

Seorang pengguna lagi mendakwa, dia pernah ditahan selama sejam di sebuah pusat beli belah selepas didekati individu yang bertanyakan soalan meragukan kepadanya.

Orang ramai kini menggesa pihak berkuasa, termasuk imigresen untuk memantau aktiviti warga asing tersebut bagi memastikan ketenteraman awam dan sensitiviti agama terus dipelihara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN