fbpx
Sebuah kereta jenis Proton Wira yang disita KPDN selepas didapati digunakan untuk kegiatan menyeludup petrol pada bulan lalu. Foto IHSAN KPDN

Proton Iswara, Wira dan Waja paling banyak digunakan seludup petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Proton Iswara, Wira dan Waja merupakan antara kenderaan sedang yang dikesan  paling banyak digunakan sindiket penyeludupan untuk membawa keluar petrol ke Thailand.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, perkara itu dikesan selepas pihaknya menyita 75 buah kereta bernilai RM451,500 yang dipercayai terlibat kegiatan penyeludupan sejak Januari lalu.

Katanya, siasatan mendapati, tangki kereta diubah suai untuk digunakan dalam kegiatan penyeludupan petrol.
“Penyeludup menggunakan kereta sendiri yang diubah suai untuk mengisi petrol secara berulang sebelum membawanya ke stor haram atau lokasi transit di kawasan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand,” katanya selepas Pelancaran Program Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2026 di Lembah Sireh di sini hari ini.

Aswadi berkata, kereta tersebut dijadikan seperti tangki bergerak kerana boleh menyimpan banyak petrol berbanding tangki asal.

Katanya, KPDN Kelantan akan melakukan pemantauan selama 24 jam melalui pelbagai kaedah termasuk rondaan dan anggota berpakaian preman di stesen minyak secara bergilir-gilir bagi memastikan pengawasan di kawasan sempadan terus berjalan tanpa henti.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN