KAJANG – Seorang gadis berusia 25 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di sebuah apartmen di Taman Sepakat di sini Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Nur Dinie Sani Hasrul Sani pada pukul 12.16 tengah hari, 9 Mac lalu.
Katanya, kali terakhir gadis itu dilihat di Apartment Sri Cempaka kira-kira pukul 6.30 pagi hari sama.
“Mangsa mempunyai ketinggian 154 hingga 155 sentimeter dan berbadan kurus dengan berat 48 hingga 49 kilogram. Kali terakhir dilihat dia memakai tudung berwarna hitam, jaket hitam dan seluar panjang warna sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Nur Dinie diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222 atau Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Khairul Azwan Yunus menerusi 013-4480997. – KOSMO! ONLINE














