fbpx
Gambar hiasan

Beras 10kg cukup untuk makan berapa lama?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Persoalan ringkas seorang wanita mengenai tempoh beras seberat 10 kilogram (kg) mampu bertahan bagi sesebuah keluarga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi satu hantaran di Facebook, pengguna bernama Siti Rozninah bertanya kepada orang ramai berapa lama beras 10kg boleh bertahan untuk dimakan oleh sebuah keluarga.

“10kg beras cukup untuk korang (kalian) anak beranak maka berapa lama. Contoh 14 hari untuk lapan orang,” katanya.

Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian ramai apabila ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai pengalaman dan pandangan pengguna lain mengenai penggunaan beras di rumah masing-masing.

Ada yang berkongsi bahawa beras 10kg hanya mampu bertahan sekitar seminggu hingga dua minggu bagi keluarga besar yang mempunyai ramai anak.

“Kalau keluarga saya enam orang, 10kg biasanya habis dalam seminggu lebih saja,” kata Asyikin.

“Paling lama 15 hari sebulan 20kg. Sebab anak beranak bawa bekal pergi sekolah dan kerja,” kongsi Anita.

“Dua minggu untuk sembilan orang dewasa,” komen Ira Nordin.

Namun, terdapat juga pengguna yang memaklumkan beras dengan kuantiti sama boleh bertahan lebih lama, bergantung kepada jumlah ahli keluarga serta kekerapan memasak di rumah.

“Tahan sebulan makan tiga beranak,” kata Ana Zahana.

“Sebulan lebih, anak dua orang, kata Noor Rafikah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN