fbpx
Anggota bomba melakukan aktiviti pemadaman kebakaran yang berlaku di hutan berhampiran Plaza Tol Putrajaya di Lebuh Raya MEX. Foto IHSAN BOMBA

Kebakaran hutan bukit hampir satu hektar di Lebuh Raya MEX

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Kebakaran hutan bukit seluas kira-kira 0.81 hektar dilaporkan berlaku berhampiran Plaza Tol Putrajaya di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.12 petang.

Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan bersama pasukan bantuan dari BBP Cyberjaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Jentera pertama tiba di lokasi pada pukul 4.21 petang dengan jarak kira-kira lapan kilometer dari balai. Kebakaran melibatkan kawasan hutan bukit yang dianggarkan berkeluasan dua ekar (0.81 hektar),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman dijalankan menggunakan dua aliran hos sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan pam jentera selain penggunaan peralatan firebeater bagi mengawal kebakaran.

“Setakat ini kebakaran tidak melibatkan sebarang mangsa mahupun kerosakan struktur bangunan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN