fbpx
Mayat Tajul Afif ditemui bersendirian di rumahnya di Kampung Gelam Mas, Keluang, Besut hari ini.

Pensyarah UniSZA Besut ditemui meninggal dunia di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Seorang pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Besut ditemui meninggal dunia akibat serangan jantung di dalam rumahnya di Kampung Gelam Mas, Keluang di sini hari ini.

Mayat Tajul Afif Abdullah, 49, yang merupakan pensyarah Fakulti Biosumber dan Industri Makanan UniSZA tersebut ditemui bersendirian di dalam rumahnya oleh pasukan keselamatan pada pukul 9.38 pagi.

Difahamkan lelaki berasal dari Gombak, Selangor tersebut tidak kelihatan keluar dari rumahnya sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Rozaime Ab. Rahim berkata, sepasukan polis bergegas ke rumah mangsa sebaik menerima aduan terhidu bau busuk dari rumah tersebut.

“Pemeriksaan menemui mayat mangsa yang mempunyai sejarah penyakit jantung.

“Hasil bedah siasat di Unit Forensik Hospital Besut mengesahkan punca kematian ialah Coronary Artery Artherosclerosis iaitu penyakit jantung,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Rozaime berkata, kematian Tajul Afif diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN