fbpx
Lapan tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD / KOSMO!

Kakitangan bank antara lapan ahli ‘Geng Adik Labu Besar’ didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang kakitangan bank antara lapan individu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Adik Labu Besar’ antara Mac hingga Oktober tahun lalu.

Tertuduh ialah Nur Alya Nadhira Che Hassan, 22; Nurul Natasha Mohammad Shukri, 23; Muhamad Samerin Shahrom, 35; Mohamed Aizat Rosmadi, 28; Aizal Abu Bakar, 23; Mohammad Zaini Yusoff, 27; Muhammad Azizi Abd Ghafar, 22 dan Muhamad Fitri Abdul Karim, 31.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Roslan Hamid, sebaliknya masing-masing hanya mengangguk tanda faham.
Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Adik Labu Besar’ di sebuah kediaman di Vista Perdana, Jalan Kampung Gajah, Kampung Gajah dalam daerah Seberang Perai Utara antara Mac 2025 hingga 16 Oktober 2025.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, V Suloshani dan Maryam Jamielah Ab Manaf, manakala Nurul Natasha diwakili peguam Manjit Singh Mann sementara tujuh lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Semasa prosiding, pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan terhadap semua tertuduh kerana kes berkenaan melibatkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Suloshani berkata, kes itu perlu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi sebelum sebarang permohonan jaminan boleh dipertimbangkan. Mahkamah kemudian menetapkan kes itu untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan menetapkan 4 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI