fbpx
ADHAM maut selepas lehernya terkena sabit yang dibawa seorang lelaki warga asing ketika menunggang motosikal di Jalan Kampung Batu 4, Selabak, Teluk Intan semalam.

Maut terkena sabit: Dua lelaki warga asing direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Dua lelaki warga asing yang ditahan semalam bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan yang maut selepas terkena sabit direman selama tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, perintah reman sehingga Isnin depan itu diperoleh selepas suspek berusia 39 dan 52 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pagi tadi.

Katanya, permohonan reman itu dikemukakan pihak polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.
“Perintah tahanan reman selama tujuh hari diperoleh untuk kedua-dua suspek bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan ke atas mereka,” katanya di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 8.20 pagi itu dipercayai berlaku apabila sebilah sabit berhulu panjang yang dibawa suspek terkena pada leher mangsa ketika kedua-dua motosikal berhampiran antara satu sama lain di atas jalan.

Insiden itu menyebabkan mangsa, Adham Faisal, 18, terjatuh dari motosikal dan maut di lokasi kejadian.

Dalam kejadian itu, rakan mangsa berusia 17 tahun cedera di tangan dan sedang menerima rawatan lanjut.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki warga asing berusia 39 dan 52 tahun bagi membantu siasatan dan merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian termasuk sebilah sabit berhulu panjang dan sebuah motosikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN