fbpx
POLIS menahan tujuh penunggang dan menyita 50 buah motosikal dalam Op Samseng Jalanan di Melaka, awal pagi semalam.

Op Samseng Jalanan: Pelajar sekolah dicekup, 50 motosikal disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Dua pelajar sekolah antara tujuh individu yang dicekup selepas dipercayai menunggang motosikal secara berbahaya dalam Operasi Samseng Jalanan di Jalan Sungai Udang, awal pagi semalam.

Dalam operasi bermula kira-kira pukul 2 pagi itu, kesemua mereka yang ditahan berusia antara 15 hingga 30 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Muhammad Zaki Ramat berkata, individu terlibat dikesan menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.
“Ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak, terutama yang bawah umur supaya tidak terbabit dengan aktiviti tidak sihat seperti ini.

“Kita juga menasihatkan agar remaja tidak terbabit dalam aktiviti samseng jalanan yang boleh membahayakan keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Tambahnya, sepanjang operasi itu pihaknya turut mengeluarkan 376 saman atas pelbagai kesalahan trafik dan menyita 50 motosikal untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sebanyak 172 kenderaan diperiksa membabitkan 187 individu dengan 14 daripadanya turut menjalani saringan ujian air kencing, namun didapati negatif dadah.

“Kesalahan paling tinggi direkodkan ialah tiada nombor pendaftaran motosikal (68); gagal mematuhi arahan (51); diikuti melanggar lampu isyarat merah (50) selain tiada cermin sisi (33),” ujarnya.

Katanya, operasi bersepadu itu dijalankan JSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka membabitkan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN