fbpx
KENDERAAN berbaris untuk mengisi petrol di sebuah stesen minyak. - w8media

Rakyat Britain diminta kurangkan memandu, tekan brek dengan lembut 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengguna jalan raya di Britain diminta untuk mengurangkan memandu dan menekan brek mengejut bagi menjimatkan bahan api, lapor akhbar The Sun UK. 

Nasihat itu dikeluarkan selepas harga minyak mentah melonjak melebihi paras AS$100 (RM394) setong semalam dengan penanda aras Brent meningkat kepada  AS$119.50 (RM471) setong.

Terdapat kebimbangan di Britain bahawa harga petrol berkemungkinan melebihi £1.91 (RM10) seliter ketika perang Asia Barat berlarutan. 

Berikutan perkembangan itu Presiden Persatuan Automobil (AA), Edmund King meminta pemandu tidak melakukan perjalanan tidak penting dan menukar gaya pemanduan untuk menjimatkan petrol. 

“Elakkan memecut  atau menekan brek mengejut,” kata pakar-pakar Kelab Automobil Diraja (RAC).

Terdahulu, Perdana Menteri Keir Starmer memberi amaran bahawa perang berterusan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran akan memberi kesan buruk kepada ekonomi Britain. 

Konflik itu menyebabkan Selat Hormuz yang mengendalikan satu perlima perdagangan minyak dunia ditutup. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN