fbpx
Mohd. Syafaeez ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Seberang Jaya, petang tadi dan mengulas mengenai kejadian menimpa arwah anaknya (gambar bulat). Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Bayi maut didera: Saya tak akan maafkan si pelaku – Bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Bapa kepada bayi lelaki yang maut dipercayai didera di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini menegaskan tidak akan memaafkan pelaku yang menyebabkan kematian anaknya.

Mohd. Syafaeez Mat Liki, 35, berkata, dia sekeluarga sukar menerima kehilangan Hayl Haarith Mohd Syafaeez yang berusia empat bulan.

“Saya takkan maafkan (pelaku) sama sekali. Saya tak boleh terima apa yang dia buat kepada anak saya. Itu bukan sifat manusia. Sebagai bapa, saya akan menuntut keadilan agar tragedi sama tidak menimpa ibu bapa lain,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HSJ di sini, petang tadi

Mohd. Syafaeez berkata, kali terakhir dia melihat bayinya menerusi panggilan video kira-kira pukul 9 malam.

“Dia kelihatan ceria apabila dipanggil. Namun, saya perasan ada kelainan apabila arwah merenung saya agak lama. Tak sangka itu kali terakhir saya melihatnya,” katanya.

Mohd. Syafaeez turut dimaklumkan bahawa pekerja di taska tersebut sering bertukar dan meragui sama ada mereka benar-benar bertauliah. Jenazah Hayl Haarith dijangka dikebumikan pukul 9 pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kelulut, Marang, Terengganu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN