fbpx
BERGSON

Bergson akui masih berharap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENYERANG import dari Brazil, Bergson da Silva mengakui masih menunggu perkembangan lanjut mengenai proses naturalisasi untuk mewakili skuad Harimau Malaya menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam, 31 Mac nanti.

Tonggak kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) berusia 35 tahun itu berkata, hasrat untuk menyarung jersi kebangsaan sememangnya ada, tetapi sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang perkembangan rasmi mengenai proses tersebut.

“Saya memang mahu bermain untuk Malaysia, tetapi setakat ini tiada siapa memberikan sebarang maklumat kepada saya mengenainya, jadi saya sedikit ragu-ragu.

“Namun, saya sentiasa bersedia (jika diperlukan) kerana saya sudah mula sayang negara ini dan terasa seperti di rumah kedua. Ia pasti menjadi satu penghormatan besar jika diberi peluang membantu pasukan.

“Buat masa ini, saya hanya mampu ucapkan terima kasih atas semua sokongan. Saya teruja, tetapi buat masa ini hanya mampu menunggu (pengesahan rasmi),” katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kekuatan skuad negara kendalian Peter Cklamovsi bakal bertambah jika tiga tonggak berjaya dinaturalisasikan iaitu Giancarlo Gallifuoco, Manuel Hidalgo selain Bergson.

Tahun lalu, Bergson melakar sejarah dalam Liga Super apabila muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan rekod 123 gol sehingga kini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN