fbpx
GAMBAR HIASAN

Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 19 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Hari Raya Aidilfitri ditetapkan pada petang 19 Mac ini bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataannya berkata, cerapan anak bulan akan dilakukan di 29 lokasi di seluruh negara.

Lokasi-lokasi tersebut ialah di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor, Kompleks Falak Al-Khawarizmi (Melaka), Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang (Negeri Sembilan), Baitul Hilal Bukit Melawati , Kuala Selangor, Baitul Hilal Bukit Jugra, Banting, dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

Lokasi lain ialah Baitul Hilal Pantai Pasir Panjang (Perak), Pusat Falak Sheikh Tahir (Pulau Pinang), Stesen Cerapan Hilal Kampung Pulau Sayak, Stesen Cerapan Hilal Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, dan Menara Alor Setar di Kedah.

Turut terlibat Stesen Cerapan Hilal Bukit Besar, Kuala Terengganu, Stesen Cerapan Hilal Bukit Geliga, Kemaman, Stesen Cerapan Hilal Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA dan Mukim Merang, Setiu di Terengganu.

Di Kelantan, stesen terlibat ialah Stesen Cerapan Hilal Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Stesen Cerapan Hilal Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai dan Stesen Cerapan Hilal Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu.

Sementara itu, di Sarawak, pusat terlibat adalah di Pusat Falak Miri, Esplanade Luak, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Pusat Falak Bintulu, manakala di Sabah di Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.

Di Pahang, Tapak Cerapan Hilal Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Stesen Cerapan Hilal Gunung Brinchang, Cameron Highlands, Menara 188, Kuantan.

Tiga kawasan lain ialah Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Menara Pandang, Masjid Al-Hussain Kuala Perlis.

Katanya, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Syawal adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh awal Syawal pada maalm tersebut melalui radio dan televisyen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN