fbpx
Muhyiddin

Bicara tujuh pertuduhan Muhyiddin bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu empat tuduhan salah guna kedudukan membabitkan suapan berjumlah RM232.5 juta dan tiga kes pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta akan bermula esok di Mahkamah Tinggi di sini.

Perbicaraan di hadapan hakim Noor Ruwena Md Nurdin akan dimulakan dengan pihak pendakwaan menyampaikan kenyataan pembukaan, yang akan menggariskan pertuduhan serta bukti yang ingin dikemukakan terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi telah menetapkan 29 hari bagi perbicaraan kes itu.

Tarikh-tarikh itu ialah pada 9, 10 dan 11 Mac, 13,16,28 dan 29 April, 25 dan 26 Mei, 6 hingga 10 dan 13 hingga 17 dan 27 hingga 29 Julai, dan 7, 18, 19, 20, 21, 26 dan 27 Ogos 2026.

Hakim Noor Ruwena menetapkan tarikh-tarikh tersebut selepas pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan tarikh-tarikh itu.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), menggunakan kedudukan untuk suapan wang berjumlah RM232.5 juta daripada seorang individu dan tiga syarikat sekutu parti itu.

Bagi pertuduhan kelima hingga ketujuh, Muhyiddin selaku Presiden Bersatu didakwa menerima hasil daripada aktiviti haram, iaitu wang berjumlah RM200 juta daripada sebuah syarikat yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank dan AmBank milik parti.

Pada prosiding 7 Oktober lalu, mahkamah dimaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi Muhyiddin untuk mengugurkan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM232.5 juta dan tiga pengubahan wang haram (AMLA) melibatkan wang RM200 juta.

Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon tarikh perbicaraan ditetapkan dan memohon kesemua tujuh pertuduhan didengar secara bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI