fbpx
Tangkap layar kejadian yang didakwa berlaku di stesen MRT Pasar Seni petang tadi.

[VIDEO] Eskalator MRT Pasar Seni tidak berfungsi, penumpang ‘workout’ guna tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan MRT di Stesen Pasar Seni petang ini berdepan kesukaran apabila semua eskalator di stesen berkenaan dilaporkan tidak berfungsi.

Situasi tersebut menyebabkan penumpang terpaksa berjalan kaki menaiki tangga yang tinggi, sekali gus menimbulkan rungutan terutama dalam kalangan mereka yang keletihan selepas pulang bekerja.

Keadaan itu lebih mencabar memandangkan ia berlaku pada bulan Ramadan ketika sebahagian penumpang sedang berpuasa.

Menerusi perkongsian tular di media sosial, seorang pengguna memaklumkan semua eskalator tidak dapat digunakan dan berharap orang ramai mengambil maklum keadaan berkenaan.

Ruangan komen turut dibanjiri reaksi netizen yang meluahkan rasa penat dan kecewa.

“Dah la tinggi, tengah puasa pula. Memang mencabar,” kata seorang pengguna.

Seorang lagi berharap pihak pengurusan dapat segera membaiki kerosakan bagi mengelakkan kesulitan berterusan kepada penumpang, khususnya warga emas dan individu kurang upaya.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi mengenai punca gangguan tersebut.- KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN