fbpx
AHMAD ZUHDI (dua dari kiri) dan Wan Muhammad Imran (dua dari kanan) membaca al-Quran bersama rakan-rakan dengan bantuan cahaya lilin ketika ditemui di Madrasah Addiniah Azzakiah, Lubuk Periok, Hulu Terengganu kelmarin.

12 kali khatam al-Quran bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Walaupun tanpa kemudahan elektrik, sekumpulan pelajar Madrasah Addiniah Azzakiah, Lubuk Periok, di sini tetap gigih membaca al-Quran setiap malam sepanjang Ramadan ini.

Mereka membaca kalam Allah itu dengan bertemankan cahaya lilin sehingga sebahagiannya mampu khatam sehingga 12 kali sebulan.

Seorang pelajar, Muhammad Mahfuz Tarmizi, 19, berkata, mereka membaca al-Quran dengan bantuan cahaya lilin kerana bekalan daripada tenaga solar hanya dijana pada waktu siang.

“Kami sudah biasa, namun itu bukan alasan untuk tidak menggandakan amalan pada sebelah malam di bulan Ramadan.

“Lilin dipasang bagi mem­boleh­kan kami memanfaatkan bulan Ramadan dengan membaca al-Quran di pondok masing-masing,” katanya ketika ditemui di Madrasah Addiniah Azzakiah kelmarin.

Mahfuz berkata, dia berjaya menghabiskan lebih tujuh juzuk al-Quran sehari biarpun membacanya dengan bantuan cahaya lilin pada waktu malam.

Remaja itu yang bergelar hafiz sejak berusia 12 tahun berazam untuk khatam al-Quran sebanyak 12 kali pada bulan Ramadan tahun ini seperti yang dilakukannya pada tahun-tahun sebelum­nya.

Seorang lagi pelajar tahfiz, Wan Muhammad Imran Wan Mohd. Ariffin, 17, membe­ritahu, penggunaan lilin bukan penghalang malah membuatkan dia lebih fokus dan mendalami setiap ayat yang dibaca.

“Biarpun mempunyai komitmen belajar, saya tetap menetapkan sasaran harian bagi memastikan dapat khatam lebih banyak lagi berbanding tahun lalu.

“Apatah lagi, Ramadan hanya datang sekali setahun. Rugi kalau keberkatannya dilepaskan dengan begitu sahaja,” katanya.

Ahmad Zuhdi Mohd. Zohir, 13, pula memberitahu, dia mahu mengikut jejak pelajar-pelajar senior yang komited membaca al-Quran sepanjang bulan Ramadan.

“Alhamdulillah, setakat ini saya berjaya khatam al-Quran sebanyak tiga kali sejak awal Ramadan ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN