fbpx
Tangkap layar insiden seorang kariah Masjid Ahmadi, Rantau Panjang di Klang, Selangor meninggal dunia ketika menunaikan solat zuhur semalam.

Pemeriksa kira-kira masjid meninggal dunia ketika solat zuhur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemeriksa kira-kira Masjid Ahmadi, Rantau Panjang di Klang, Selangor meninggal dunia ketika menunaikan solat zuhur berjemaah di masjid berkenaan semalam.

Abu Bakar Ibrahim yang juga kariah masjid tersebut dilaporkan rebah ketika rakaat kedua solat Zuhur sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurut maklumat dikongsikan oleh pemilik akaun Instagram, Mohd Bostammi Ibrahim, Allahyarham tiba-tiba jatuh ke belakang ketika menunaikan solat bersama jemaah lain.

Seorang kariah masjid itu menerusi rakaman video memberitahu, Abu Bakar kelihatan tercungap-cungap beberapa kali sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai yang menzahirkan rasa sedih serta mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham.

Seorang pengguna Instagram, Ku Izan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai sesuatu yang dicemburui khususnya kerana berlaku pada bulan Ramadan.

“Allahuakbar, pemergian yang dicemburui di bulan puasa,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, Razak Rahman, mendoakan agar Allahyarham memperoleh pengakhiran hidup yang baik.

“Husnul khatimah,” katanya ringkas.

Sementara itu, Zaleha turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN