NILAI – Mengambil keberkatan Ramadan, seorang peniaga tampil dengan idea jualan amal roti john berharga RM1 sebungkus yang dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan dan asnaf. Mohd. Tarmimi Mohd. Sharap, 39, berkata, jualan amal itu dibuat setiap hari Jumaat bermula pukul 4 hingga 5 petang dengan 100 bungkus roti john disediakan untuk dijual di Bazar Ramadan Jalan BBN 1/2A di sini. Pada hari lain, Mohd. Tarmimi turut menyediakan jumlah yang sama bagi memenuhi permintaan pelanggan, namun pada harga RM7 sebungkus.……














