PHOENIX, ARIZONA – Sekurang-kurangnya tiga orang cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas di halaman belakang sebuah rumah, lapor akhbar New York Post.
Kejadian berlaku di sebuah kejiranan di utara bandar Phoenix, negeri Arizona semalam.
Pesawat jenis Piper PA-28 itu terhempas selepas mengalami masalah teknikal semasa cuba berpatah balik ke Lapangan Terbang Deer Valley pukul 7.30 pagi (waktu tempatan).
Dua buah rumah rosak dalam nahas itu.
Kedua-dua mangsa dikenal pasti sebagai jurulatih penerbangan dan pelajar yang berada dalam pesawat, manakala penghuni salah sebuah rumah turut cedera
Ketiga-tiga mangsa dibawa ke hospital dan dilaporkan stabil.
Beberapa kediaman dikosongkan ketika pihak berkuasa membersihkan tumpahan minyak di tempat kejadian.
Nahas disiasat Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA). – AGENSI














