PETALING JAYA – Seiring dengan perkembangan pasaran minyak dunia semasa ketika ini memperlihatkan harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi masing-masing meningkat 10 sen, 8 sen dan 8 sen seliter bagi tempoh 5 Mac sehingga 11 Mac depan.
Kementerian Kewangan berkata, seiring dengan peningkatan harga minyak dunia, kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.25 seliter dan RON95 tanpa subsidi pada RM2.67 seliter, manakala diesel di Semenanjung pada RM3.12 seliter bagi tempoh tersebut.
“Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.
Katanya, sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 5 Mac hingga 11 Mac 2026 telah ditetapkan seperti berikut:
(i) Harga runcit petrol RON97 dinaikkan sebanyak 10 sen kepada RM3.25 seliter;
(ii) Harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi dinaikkan sebanyak 8 sen kepada RM2.67 seliter;
(iii) Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter;
(iv) harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 8 sen kepada RM3.12 seliter;
(v) harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Dalam pada itu, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Bagaimanapun, dalam kenyataan sama tidak dinyatakan sama ada kenaikan tersebut adalah merupakan kesan secara tidak langsung daripada konflik perang di Asia Barat.
Berikut adalah sedikit perbandingan harga minyak sejak tiga minggu lalu:
Harga minyak bagi tempoh 26 Februari sehingga 4 Mac 2026:
(i) Harga runcit petrol RON97 dinaikkan sebanyak 5 sen kepada RM3.15 seliter;
(ii) Harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi dinaikkan sebanyak 5 sen kepada RM2.59 seliter;
(iii) Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter;
(iv) Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 5 sen kepada RM3.04 seliter;
(v) Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Harga minyak bagi tempoh 19 Februari sehingga 25 Februari 2026:
(i) Harga runcit petrol RON97 kekal pada RM3.10 seliter;
(ii) Harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi kekal pada RM2.54 seliter;
(iii) Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter;
(iv) Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada RM2.99 seliter;
(v) Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Harga minyak bagi tempoh 12 Februari sehingga 18 Februari 2026:
(i) Harga runcit petrol RON97 kekal pada RM3.10 seliter;
(ii) Harga runcit petrol RON95 tanpa subsidi kekal pada RM2.54 seliter;
(iii) Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter;
(iv) Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 3 sen kepada RM2.99 seliter;
(v) Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter. – KOSMO! ONLINE














