fbpx
Steven Sim.

Hentikan provokasi, jangan buat huru-hara – Steven Sim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tular satu poster berhubung hebahan demonstrasi dikenali sebagai Ops Terjah di sebuah kuil Hindu berhampiran Hospital Bukit Mertajam pada 7 Mac ini sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, menerusi satu hantaran di laman Facebook menegaskan Malaysia merupakan sebuah negara majmuk dan tiada mana-mana pihak perlu menjadi “wira” dengan memainkan sentimen agama dan kaum.

Menurutnya, tindakan berhimpun secara provokatif tidak membantu menyelesaikan masalah negara, sebaliknya hanya mengapi-apikan kebencian yang boleh merosakkan keharmonian.

“Malaysia sebuah negara dengan masyarakat yang majmuk. Mana-mana pihak pun tak perlu jadi wira sentimen agama dan kaum.

“Provokasi berhimpun seperti ini tak membantu untuk menyelesaikan masalah negara, malah mengapi-apikan kebencian yang boleh memusnahkan negara,” katanya.

Tambahnya menyertai politik untuk membela hak semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

“Saya masuk politik membela hak semua rakyat Malaysia tak kira kaum dan agama. Orang Islam saya jaga, orang bukan Islam saya jaga. Saya tak akan biarkan mana-mana rakyat Malaysia diugut dan dibuli,” ujarnya.

Beliau menggesa agar perhimpunan tersebut dibatalkan bagi mengelakkan sebarang ketegangan yang boleh mengganggu keharmonian negara.

“Batalkan perhimpunan, hentikan provokasi, jangan buat huru hara,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan telah meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan tiada sebarang perhimpunan provokatif diadakan oleh mana-mana pihak.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI