WASHINGTON – Presiden Donald Trump menyatakan bahawa simpanan senjata dan peluru Amerika Syarikat (AS) boleh menampung peperangan untuk ‘selama-lamanya’, demikian menurut akhbar The Guardian, hari ini.
Trump berkata demikian dalam hantaran lewat malam di laman Truth Social.
“Simpanan senjata dan peluru gred pertengahan dan pertengahan atas AS adalah paling tinggi dan terbaik,” kata Trump.
Menurutnya, AS mempunyai bekalan senjata tersebut yang tidak kehabisan, bermakna negara berkenaan boleh berperang ‘selama-lamanya’.
Kenyataan itu disiarkan selepas Trump memberitahu bahawa perang ke atas Iran dijangka berlarutan lebih lama daripada anggaran awal selama lima minggu oleh pentadbirannya.
Presiden berkenaan juga tidak menolak menghantar tentera darat ke Iran dalam satu wawancara bersama akhbar News York Post, semalam.
“Saya membina semula tentera (AS) semasa penggal pertama saya dan berterusan membangunkannya. Amerika Syarikat lengkap dan bersedia untuk MENANG BESAR,” katanya lagi. – AGENSI














